Thursday, October 22, 2009

Transit yang membosankan

Lebih kurang pukul 3.30 pagi(waktu Dubai), kami sekeluarga sampai di Dubai Airports dan sebenarnya ini lah langkah pertama aku ke luar negara. Hihhihhihihiiiii. Masa itu rasa penat sangat sebab yelah..perjalanan ambil masa lebih kurang 8 jam...huh!!! penat tu. Akhirnya lepas juga keluh penat tu. Sampai-sampai kami cari tempat untuk makan sebab lapar sangat walaupun dalam 'flight' sebenarnya dah hampir 4 kali pramugari bagi makan. Tapi sebab dalam 'flight' tu mengantukkan, jadi tak makan banyak sangatlah. Ruginya....tak apalah. Akhirnya kami sampai di MCdonald dan akhirnya ekkkk! sendawa juga. Selepas itu kami cari tempat nak sembahyang subuh. Selepas sembahyang tu kami rehat-rehatlah sebentar di surau itu.


    Airport Dubai memang tempat transit, jadi macam-macam jenis oranglah aku jumpa, ada yang negro, ada yang arab, melayu pun ada jumpa juga. Kemudian banyak lagi lah dari semua pelusuk dunia yang aku sendiri pun tak tahu. Orang  tidur bersepah-sepah. Siap ada pokok kurma palsu lagi tu. Kerusi yang memang untuk baring tu pun memang berbaris. Jadi kami teruslah tidur di situ.
    Tapi, adik-adik aku tu dia boleh pula langsung tak tidur. Isisisisshshsh....ruginya. Tapi kalau tak tidur tak kacau orang lain tak apalah juga. Ini tidak! Lebih kurang pukul 7.30 pagi tu aku terbangun. Rupa-rupanya baru sejam aku tidur ya Allah! Aku rasa dah lama sangat aku tidur. Kemudian, aku tidur semula, tetapi sekejap saja, kemudian dah tak boleh tidur.
    Kebetulan di Lapangan terbang Dubai tu ada komputer beserta + Internet = FREE. Hehehehe..apa lagi, ambil kesempatanlah aku, tapi cuma satu saja, dia tak letak kerusi untuk orang duduk ketika guna komputer tu sebaliknya, kena berdiri. Tapi itu semua bukan halangan untuk aku. Demi Internet aku sanggup main berdiri. Hehehehehe...aku main dari pukul 8.30 pg sampai pukul 1.00 lebih tak berhenti dan sepanjang tu lah aku berdiri saja tapi aku puas!!!!!!!!!




Akhirnya, aku berhenti juga sebab nak beli air di MCdonald. Aku minta teh...uuu! sedapnya. Kemudian, lebih kurang pukul 2.30 ptg tu mama mula 'check-in flight'.



Lebih kurang pukul 4.20 petang, kami dah berada di atas kapal terbang Emirates. Seronok, sebab 'economy class' pun ada televison setiap 1 kerusi jadi tak perlulah nak berebut. Sampaikan Hazim dan aku tak tidur langsung sepanjang perjalanan dari Dubai sampailah ke Mesir. Aku pula tengok cerita THE PROPOSAL lakonan Sandra Bulock. Tak nak lepaskan peluang dapat tengok filem yang baru keluar wayang secara FREE!!

Memang aku teringin sangat nak tengok cerita ini sebab tengok dalam iklan macam seronok saja.

0 comments: