Thursday, February 18, 2010

Lawatan ke Mansurah

31.10.2009- Kami sekeluarga berserta Pakcik Kimi dan tidak ketinggalan Kak Saliza dan Kak Aimi menaiki sebuah tranco yang telah kami sewa. Lawatan ini bertujuan untuk melawat salah seorang daripada pelajar Medik di Mansurah. Perjalanan dari Iskandariah ke Mansurah memakan masa hampir 3 jam! jauh tu!
     Besar juga Mansurah ni. Kakak-kakak di sini kata kalau beli jubah di Mansurah murah.
    Selepas selesai melawat orang yang sepatutnya, kami pun mencari restoran bagi mengisi perut yang tengah berbunyi krungkrungkrung...ni. Kami tiba di restoran__________. Makanan di restoran ni tengok daripada menunya sedap-sedap belaka. Ternyata memang sedap pun.
   


    Selesai makan kami pergi ke masjid untuk bersembahyang zuhur dan jama' asar sekali. Selesai bersembahyang, kami mengambil gambar di sekitar Mansurah.
    Kami pulang ke Iskandariah dalam linkungan jam 3 petang. Dengan trafik sesaknya. Kami tiba di Iskandariah pada waktu maghrib.

Sunday, February 14, 2010

Hurghada

30 September 2009- Kami sekeluarga & Pakcik Kimi bertolak dari Iskandariah ke Kaherah dengan menaiki keretapi. Perjalan yang memakan masa lebih kurang 2 jam setengah jugaklah(If I'm not mistaken) memang membosankan!..

Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke Kaherah. "Ramsis" memang sibuk habisah. Ramai sangat orang, hai......sesak betullah Kaherah ni kalau dekat kawasan "Ramsis". "Ramsis" ini adalah tempat di mana terletaknya stesyen keretapi. Juga kawasan "Tranco" berhenti selalunya sebab itulah Ramsis terlalu sibuk dengan Tranco dah satu hal lepas tu teksi-teksi lagi tunggu pelanggan yang baru sampai nak naik teksi mereka ni.


Malam tu kami tidur di ARMA 1 malam. Pagi esoknya, kami bertolak ke Hurghada lebih kurang jam 8.00-9.00 pg gitu-gitulah. Rupa-rupanya perjalanan ke Hurghada ni makan masa dalam 7 jam lah juga siap dengan pakej berhenti berehat semua. Jauh tu! Nama Hurghada ni sebenarnya(غردقة) tapi kalau dah di-Englishkan jadilah Hurghada itu pasal la......oOoOoO gitu rupanya.



    Mmmm...sampai juga akhirnya di Hurghada. Kami akan menginap di Hotel Sindbad. Sampai-sampai saja di Hotel terus makan dulu! Laparlah....Kemudian kami check-in bilik. Dapat bilik keluarga. Pada hari pertama sampai ni tak ada apalah cuma malam tu adalah taklimat sikit kemudian ada perkenalkan setiap keluarga-keluarga JPMK dan seterusnya penyampaian cenderamata sikit untuk setiap keluarga.

Malam tu kami sekeluarga dan Pakcik Kimi pergi berjalan-jalan di mall depan hotel..Kira windo shopping lah tu.




  
1Oktober 2009- Pada hari kedua ni sebenarnya dah rancang dah semua nak naik kapal selam tapi tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Jadi, tukar rancangan. Petang tu kami pergi ke 'Aqua Park' yang mulanya disangkakan kena bayar dan bayarannya sangat mahal tapi ternyata semua tu salah(x). Sebabkan kami ada pakai satu gelang ni jadi tak perlu bayar, FREE OF CHARGE! Aqua Park ni Hotel Sindbad ni punya juga. Seronok sangat main air. Lama sangat tak main. Dekat Mesir ni bukan senang nak jumpa tempat-tempat macam ini. Jadi mana boleh lepaskan peluang berlian ni! Permainan air yang lebih kurang Malaysia lah tapi tak seseronok Malaysia.
2 Oktober 2009- Pada hari ketiga yang membawa maksud yang sama kepada hari yang terakhir kami telah melakukan sukaneka kecil sesama kami semua. Seronok ada pelbagai permainan dan hadiah semestinya. Untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ada aktiviti rebut gula-gula, pecahkan belon dan sepak bola. Aku masuk semua sekali! Tapi semua menang! Hahhahahaa....maksud aku semua orang menang. Yelah, ini "Just For Fun" aja.

    Selepas itu, kami naik ke bilik dan mengemas sedikit demi sedikit pakaian kami. Kemudian jam 10.00 pg, kami menaiki kapal selam dimana kapal selam ini juga Hotel Sindbad ini punya. Kayalah hotel ni. Seronok tu! Ini pengalaman pertama dalam hidup naik kapal selam!!!!
   Langkah awal nak naik kapal selamnya kena naik bot dari Laut Merah sampailah ada satu perhentianlah kot, di situ baru kami turun kemudian masuk ke dalam kapal selam. Seronok dalam kapal selam! Nampak banyak ikan kemudian ada seorang penyelam ni siapa nama dia tak perlu diketahui sebab aku pun sendiri tak tahu. Macam mana nak tanya nanti macam mana pula caranya dia nak menjawabnya????? Fikirkanlah. Hehehheee....tak perlu fikirkan sebab tak dapat hadiah pun...

    Boleh pula waktu itu, semasa di dalam bot yang kami naiki dalam perjalanan ke perhentian tempat menaiki kapal selam itu boleh terjadi satu insiden. Di mana waktu itu, kerusi yang Hazim duduk tercabut dan kemudian dia secara tak langsung terjatuh sekali lah. Kesian......nak buat macam mana. Kami sempat ambil gambar pula itu. Sepatutnya tolong dia dulu bukan ambil gambar dulu.

   Penyelam ni kerja dia adalah untuk menarik perhatian ikan-ikan di dalam laut tu untuk datang dekat ke tingkap setiap kapal selam yang masuk ke dalam laut tu. Caranta ialah penyelam tu ambil seeokr daripada ikan-ikan itu kemudia memicit ikan itu dan sekaligus ikan itu pun mati kesiannya.....kemudian kawan-kawan ikan-ikan itu pun datanglah dekat penyelam tadi kerana marah kawan mereka dibunuh. Penyelam itu menyelam dihadapan tingkap kapal selam kami jadi apabila ikan-ikan tadi datang dekatnya kami akan dapat melihat banyak ikan di laut merah itu.

    Pemandu kapal selam itu membawa kapal selam ini sedalam 25 meter kebawah dari paras laut. Dalam tu! Akhirnya kami naik semual ke permukaan dan menaiki bot seperti pada awalnya sehingga ke awal laut merah dan pulang ke hotel untuk mengemas pakaian-pakaian jika masih ada yang tak dikemas kemudian terus turun makan tengahhari kerana kami akan pulang pada hari itu.
    Percutian ke Hurghada ni memang seronok! Rasa nak pergi lagi. Tak rugi pergi. Cuaca pun sedap saja. Tapi jauhlah! bayangkanlah hampir 7 jam dari Kaherah! Tapi takpalah dah merasa pergi dah cukup bagus dah. Syukur.
    Pada hari itu, kami pulang dalam linkungan jam 2.00 ptg. Tapi, sebelum pulang ada suatu perkara yang terjadi. Tiba-tiba "Reception" hotel tersebut telefon kemudian salah seorang pekerja JPMK(Arab) terpaksa membayar semua minuman-minuman yang dia ambil daripada "Mini Bar" dalam bilik hotel tu. Dia ingat itu FREE rupanya kena bayar sendiri. Kesian dia. Tapi takpalah.
    Sebelum, balik ada penyampaian hadiah kepada pekerja JPMK yang tak tahu diri mereka sedang diperhatikan gerak-gerinya. Mereka dinilai dari pelbagai aspek dan yang jawatan tinggi sikit ni menilai mereka jadi pada hari tu pada mereka yang berjaya telah mendapat cenderahati. Kemudian kami bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan.
    Selepas itu kami pun bertolak pulang. Kami tiba di DMAK atau aku panggil ARMA saja pada pukul 11.00 mlm begitu. Aku hampir tak tidur langsung sepanjang perjalanan. Bayangkanlah daripada pukul 3.30 ptg begitu hingga pukul 11.00 mlm aku tak tidur langsung! Cuma masa nak hampir sampai aku dah tak larat sangat terus tertidur.
    Esoknya, kami pulang ke Alex dengan hati yang bergembira dan yang bercampur dengan kepenatan. Kepenatan yang perlu dibayar dengan satu tidur yang nyenyak sekejap dalam 3 jam mungkin dah cukup.