
Alhamdulillah ak
hirnya sampai juga ke Kaherah. "Ramsis" memang sibuk habisah. Ramai sangat orang, hai......sesak betullah Kaherah ni kalau dekat kawasan "Ramsis". "Ramsis" ini adalah tempat di mana terletaknya stesyen keretapi. Juga kawasan "Tranco" berhenti selalunya sebab itulah Ramsis terlalu sibuk dengan Tranco dah satu hal lepas tu teksi-teksi lagi tunggu pelanggan yang baru sampai nak naik teksi mereka ni.

Malam tu kami t
idur di ARMA 1 malam. Pagi esoknya, kami bertolak ke Hurghada lebih kurang jam 8.00-9.00 pg gitu-gitulah. Rupa-rupanya perjalanan ke Hurghada ni makan masa dalam 7 jam lah juga siap dengan pakej berhenti berehat semua. Jauh tu! Nama Hurghada ni sebenarnya(غردقة) tapi kalau dah di-Englishkan jadilah Hurghada itu pasal la......oOoOoO gitu rupanya.



Malam tu kami sekeluarga dan Pakcik Kimi pergi berjalan-jalan di mall depan hotel..Kira windo shopping lah tu.
1Oktober 2009- Pada hari kedua ni sebenarnya dah rancang dah semua nak naik kapal selam tapi tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Jadi, tukar rancangan. Petang tu kami pergi ke 'Aqua Park' yang mulanya disangkakan kena bayar dan bayarannya sangat mahal tapi ternyata semua tu salah(x). Sebabkan kami ada pakai satu gelang ni jadi tak perlu bayar, FREE OF CHARGE! Aqua Park ni Hotel Sindbad ni punya juga. Seronok sangat main air. Lama sangat tak main. Dekat Mesir ni bukan senang nak jumpa tempat-tempat macam ini. Jadi mana boleh lepaskan peluang berlian ni! Permainan air yang lebih kurang Malaysia lah tapi tak seseronok Malaysia.

Selepas itu, kami naik ke bilik dan mengemas sedikit demi sedikit pakaian kami. Kemudian jam 10.00 pg, kami menaiki kapal selam dimana kapal selam ini juga Hotel Sindbad ini punya. Kayalah hotel ni. Seronok tu! Ini pengalaman pertama dalam hidup naik kapal selam!!!!
.jpg)
.jpg)
.jpg)


Percutian ke Hurghada ni memang seronok! Rasa nak pergi lagi. Tak rugi pergi. Cuaca pun sedap saja. Tapi jauhlah! bayangkanlah hampir 7 jam dari Kaherah! Tapi takpalah dah merasa pergi dah cukup bagus dah. Syukur.
Pada hari itu, kami pulang dalam linkungan jam 2.00 ptg. Tapi, sebelum pulang ada suatu perkara yang terjadi. Tiba-tiba "Reception" hotel tersebut telefon kemudian salah seorang pekerja JPMK(Arab) terpaksa membayar semua minuman-minuman yang dia ambil daripada "Mini Bar" dalam bilik hotel tu. Dia ingat itu FREE rupanya kena bayar sendiri. Kesian dia. Tapi takpalah.
Sebelum, balik ada penyampaian hadiah kepada pekerja JPMK yang tak tahu diri mereka sedang diperhatikan gerak-gerinya. Mereka dinilai dari pelbagai aspek dan yang jawatan tinggi sikit ni menilai mereka jadi pada hari tu pada mereka yang berjaya telah mendapat cenderahati. Kemudian kami bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan.
Selepas itu kami pun bertolak pulang. Kami tiba di DMAK atau aku panggil ARMA saja pada pukul 11.00 mlm begitu. Aku hampir tak tidur langsung sepanjang perjalanan. Bayangkanlah daripada pukul 3.30 ptg begitu hingga pukul 11.00 mlm aku tak tidur langsung! Cuma masa nak hampir sampai aku dah tak larat sangat terus tertidur.
Esoknya, kami pulang ke Alex dengan hati yang bergembira dan yang bercampur dengan kepenatan. Kepenatan yang perlu dibayar dengan satu tidur yang nyenyak sekejap dalam 3 jam mungkin dah cukup.
0 comments:
Post a Comment