Sunday, January 24, 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430 H

Kali pertama sambut Hari Raya di Perantauan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Perantauan yang pertama ini kami sambut di "Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah"(DMAK). Pagi raya tu, kami turun ke bawah dari Rumah Warden ke dataran luas di bawah untuk sembahyang sunat Raya Aidilfitri ramai(Malaysian sahaja).

Seronok juga sambut Raya camni, terasa macam kat Malaysia pula. Pagi itu, lepas sembahyang raya, ada jamuan hari raya. Mmmmm...makan sepuasnya. Ada sate, nasi impit, kuah kacang, rendang, lemang dan macam-macam lagi masakan Malaysia waktu hari raya.

Lepas siap makan, ambil gambar. Klik, klik, klik. Sana sini semua orang klik, klik,klik. Biasalah, raya lah katakan. Mesti nak kena klik sana klik sini. Pakai baju lawa-lawa rugilah kalau tak klik sana klik sini.

Mulanya, hari raya pertama itu cadang nak balik Alex dah, tapi tak jadi sebab hari raya kedua tu banyak sangat jemputan kat Kaherah kemudian semua orang kata tinggallah satu hari lagi. Lepas tu tinggallah kami satu hari lagi. Hari raya kedua tu banyak jemputan daripada rumah-rumah negeri. Makan sakanlah...itu memang lumrah hari raya.

Kemudiannya, petang-malam tu, kami pun baliklah ke Alex semula. Dengan perut yang kenyang sebab disuap berjenis-jenis makanan. Kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 8.40 malam dan tanpa dijangka.......

Ada pegawai Kaherah telefon kata malam tu "Open House" rumah dia. Mmmm...ape nak buat tak ada rezeki, kami dah sampai kat Alex dah pun tak kan nakpatah balik Kaherah balik siap dah sampai rumah dah. Kalau tidak, mmmm...dah boleh tambah isi lagilah kat perut ni. Tak apalah.

Majlis Berbuka Puasa & Perkenalan

Pada tarikh 28 Ramadhan 1430 H, aku & keluarga telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa & Perkenalan kan kami baru lagi dekat sini, mana orang kenal lagi.

Ha! Chef-chef dalam majlis ni terdiri daripada Kak Cik, Kak Dah, Kak Ju, Pak Cik Kimi, Abang Mat Ali, Abang Zamri, Abang Jamal Abang Mujahid, Abang Miji dan kalau ada nama-nama yang tertinggal minta maaf lah ya.

Ini majlis pertama sekali yang kami adakan kat sini. Mmmm...seronok juga, kenal ramai orang dan tak lupa tolong-tolong. Satu lagi, dapat makan banyak......nyam2......