Tuesday, October 13, 2009

malam berlepas

Sehari sebelum aku bertolak, aku dapat panggilan daripada Nisa, Liyana dan Afifah. aku rasa sebak sangat.

keesokan malam nya,(1 september)
tepat pukul 9.10 p.m.(wktu Malaysia), kami sekeluarga sampai di Airport KLIA dgn nenek, atuk, paksu. aku rasa sdih, sebak masa itu itu. Tak lama selepas itu, nenek, atuk, ucu, pak ucu, Harith, Haziq, Hakim dan Hadif pula sampai. Kemudian uncle kupang dengan keluarga dia pula sampai. Akhir sekali, tok uncle dengan isterinya sampai dan mereka berdua adalah orang terakhir yang sampai.

Lebih kurang pukul 9.30 p.m. aku dapat panggilan daripada Liyana. Masa tu dah tak tahu nak cakap apa dah sebab rasa sebak dah memenuhi. Dalam linkungan pukul 11.00 p.m. lepas siap check-in flight semua, kami sekeluarga pun bergerak ke pintu antarabangsa diiringi semua yang datang tadi. Lepas dah siap salam semua, kami pun bagi pasport dan tiket flight kepada orang yang bertugas itu lah..tak perlulah nak tahu namanya sebab aku pun tak tahu! Kami sekeluarga melambai kepada semua yang ada sambil menangis. Rasa sebak waktu itu Allah saja ynag tahu dah lah masa itu aku dah lepas dari "International gate".

Kami naik "train" yang membawa kami ke "Golden Lounge". Kerana kami dapat "Ticket business class" jadi merasa jugalah nak masuk "Golden Lounge". Kalau tak, tak lah(kot). Tapi dalam perjalanan ada lah pula seorang wanita ni, dia tengah pegang anak dia yang menangis sambil tercari-tercari "gate"untuk penerbangan dia berlepas. Bila mama dah tunjuk kan pintunya, dia pergi patah balik pulak dekat tempat train yang kami naik tadi tu. Pelik sungguh. Mama pun pergilah tolong bawa dia ke pintu yang dia sepatutnya pergi.



Kemudian, kami teruskan perjalnan ke golden lounge cepat-cepat sebab penerbangan kami akan berlepas pukul 11.59 p.m. jadi kami tak boleh nak berlengang-lenggok lagi di golden lounge sebab masa itu dah pkul 11.25 p.m.


Selesai minum dan makan-makan sikit di golden lounge, kami pergi di pintu penerbangan kami "derpature". Kemudian kami masuk ke dalam kapal terbang dan duduk mengikut nombor tempat duduk kami seperti yang ditunjukkan dalam tiket itu.


Perjalnan ini memakan masa lebih kurang 9 jam untuk tiba di Dubai untuk transit. Jadi sepanjang perjalanan ini kami cuma makan, minum, main game(sebab ada bagi 1 benda yang boleh dikatakan TV lah "mungkin" di mana ada movie, lagu, "game" dan macam-macam lagi) dan semestinya tidur! Sebab waktu tu kan dah malam jadi faham-faham sajalah"Time to Sleep". Boleh pula ada seorang peramugari ni berkenan dengan kami bertiga agaknya sebab kami budak kecil lagi "perhaps" layan kami baik sangat.


0 comments: